Monday, October 18, 2010

Tabung Kewangan Antarabangsa


Institusi ini berperanan mengemukakan pelan pembangunan pemulihan ekonomi. Dari sinilah pinjaman dapat disalurkan agar jaminan pembayaran dapat dibuat. Akan tetapi, ada banyak tanda tanya: Adakah institusi ini benar-benar berminat menyediakan bantuan kewangan? Adakah institusi ini berjalan mengikut perancangan pelan pembangunan? Apakah sifat pelan tersebut? Apakah isi yang terkandung dalam pembabitannya?

Realiti yang berlaku kebanyakan wang tersebut masuk ke simpanan pihak eksekutif dan pihak tertentu dalam badan-badan kerajaan. Maka wang yang diperoleh itu dapat dibelanjakan sepuas-puasnya sehingga lama-kelamaan, sikap pemimpin yang boros itu akan mendatangkan bala kepada masa depan negara mereka. Pendek kata, motif program pembangunan kewangan tidak ubah seperti memasang jerangkap samar kerana mangsa termakan umpannya.
Tabung kewangan ini akan datang dan ditawarkan semasa sebuah negara itu tidak mampu melangsaikan hutang yang dituntut dan seterusnya menawarkan langkah pemulihan baru dengan hutang dan faedah yang lain. Setelah disepakati, kaedah pembayaran balik hutang berjalan mengikut jadual kerana segala yang berkaitan dengannya baik denda atau cukai diperketatkan lagi, malah kadar bunga pinjaman turut dinaikkan.
Mungkin pada suatu hari nanti, mereka akan melantik pegawai bertugas menganalisis dari rumah ke rumah bagi menentukan bilangan isi rumah yang mengambil makanan, atau mungkin boleh mengira kadar pembakaran gula dalam anggota tubuh badan kita ketika melakukan aktiviti kerana yang demikian juga merupakan penggunaan bahan pembakaran yang bernilai.

Hasil kutipan daripada setiap orang adalah mengikut nisbah cukai makanan yang dimakan atau jumlah gram yang dibelanjakan kerana penggunaan gula. Sekiranya keadaan ini berlaku, sudah tentu berlaku peningkatan harga secara berterusan. Maka, yang menjadi mangsa tidak lain tidak bukan ialah golongan rakyat bawahan.

Dengan cara ini, hutang baru tercipta demi memulihkan kegawatan ekonomi. Malangnya, hutang lapuk terus dituntut sebagaimana jadual asalnya. Sekali lagi masalah baru timbul akibat pengaliran wang keluar tanpa henti. Ditambah pula aktiviti menggelapkan wang negara berlaku berleluasa di mana-mana. Maka hutang demi hutang dicipta dan terus dicipta.

Begitulah kisah kebejatan ekonomi mengikut pusingan roda. Kadar inflasi negara terus meningkat hingga menjulang tinggi. Rakyat tidak mampu melakukan apa-apa menanganinya, apatah lagi membayar faedah tahunan. Dengan kata lain, terpaksalah rakyat mempertimbangkan keputusan politik luar.

Soviet Union atau Rusia pun mudah dibeli ketika membuat keputusan dalam kancah Perang Teluk yang lalu dan selepasnya. Rahsia terbongkar selepas mendapati Gorbachev dan konconya terbabit dalam rasuah menggelapkan wang sebanyak empat juta dolar, iaitu nilai harga yang menghancurkan negaranya agar Yahudi dapat berdiri teguh menakluki dunia dengan sistem order baru mereka.


Dipetik dari buku: Musuh Rahsia halaman 92-93

No comments:

Post a Comment