Saturday, June 11, 2011

In Syria.....everybody is a winner





Amerika: Kami menang
Iran: Kami Menang
Zionis Israel: Kami Menang
Hezbollah/Hizbullah: Kami Menang
Semua menang
Beritahu saya, macam mana ni "Timur Tengah baru" berubah?
Barat: Kami menang
Syria: Kami berubah

Sumber: www.free-syria.com

Only in Syria…Hanya di Syria..

Facebook/syrian.revolution

Rakyat Syria berpusu-pusu ketika ini menggunakan internet sebagai medium meluahkan isihati kepada dunia akan kekejaman dan penindasan teruk yang mereka alami sekarang ini.
Hanya di Syria, melarang diadakan demonstrasi biarpun dasar undang-undang negara membenarkannya .

Hanya di Syria, para mahasiswa ditangkap oleh tentera udaranya.

Hanya di Syria, tempoh sebelas tahun dianggap waktu yang singkat untuk memulakan perubahan.

Hanya di Syria, rakyatnya mahukan perpaduan kaum, tapi kerajaan menanam bibit-bibit permusuhan sesama mereka.

Hanya di Syria, tayar digunakan untuk tujuan lain yang tidak digunakan di negara-negara lain.

Hanya di Syria, orang-orang munafik ada dewan sendiri dipilih rakyat.

Hanya di Syria, kerajaan membunuh rakyatnya sendiri mesti ditanggung kosnya oleh rakyat dek belanja membeli peluru kerana membedil rakyat menurut laporan media penipu rasmi kerajaan.
Hanya di Syria, pihak keselamatan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh presidennya agar memberhentikan tembakan selepas berlalu enam minggu.

Hanya di Syria, rakyat dihina dan maruah dinodai atas alasan mengekang dan mempertahankan pengaruh luar.
Hanya di Syria, ada lima universiti awam sedangkan terdapat 13 agensi atas nama keselamatan yang mana sukar bagi rakyat Syria untuk mengira nama mereka.
Hanya di Syria, mungkin projek terbesar kerajaan mereka ialah penjara pusat.

Hanya di Syria, anda boleh disumbat dalam penjara selama dua puluh tahun tanpa sebarang tuduhan kesalahan dan kemudian anda dituntut pula untuk menyatakan ucapan terima kasih kepada mereka selepas pembebasan anda.

Hanya di Syria, anda boleh dipenjarakan semata-mata percakapan anda dengan stesen televisyen.
Hanya di Syria, rakyat boleh keluar beramai-ramai menyatakan kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat hujan.

Hanya di Syria, tidak punya makcik di Syria lagi bagus kerana tidak  perlu diziarahinya.
Hanya di Syria, rakyat tidak merasai ketenangan dan keselamatan kecuali pihak keselamatan hilang dari pandangan.
Hanya di Syria, media rasmi kerajaan menjadikan drama bersiri sebagai sumber berita.
Hanya di Syria, rakyat bermati-matian demi menghidupkan presiden, kerana rakyat membelanjakan wang untuk memberi rezeki kepada kerajaan.

Hanya di Syria, rakyat terpaksa keluar negara tetapi dipaksa membayar harga kerananya.
Hanya di Syria, pihak tentera berkhidmat untuk individu bukan untuk rakyat.
Hanya di Syria, kereta-kereta kebal ditarik meninggalkan medan peperangan sebenar kerana digunakan untuk menghancurkan bandar dan lokasi tertentu demi mengekang pergerakan rakyat tanpa senjata.

Hanya di Syria, presiden dinasihatkan mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin dunia antarabangsa.

Hanya di Syria, tenaga elektrik dipotong di segenap bandarnya pada musim panas kerana dijual kepada negara lain.

Hanya di Syria, kanak-kanak mungkin memasuki penjara sebelum memasuki sekolah.

Hanya di Syria, jiran tetangga kita keluar kerja pagi-pagi hari dan kembali semula selepas 11 tahun.

Hanya di Syria, perbuatan membunuh diri tidak diketahui pelakunya.

Hanya di Syria, Allah dan Presiden membantu melindungi negara.

Hanya di Syria, rata-rata warga negaranya sanggup bergolok bergadai demi hidup sehingga impian menjadi manusia sejati menjadi pilihan kedua.
Hanya di Syria, tepukan hangat sidang parlimen diberikan pabila presiden membaca sepotong ayat Al-Quran.
Hanya di Syria, tunjuk perasaan diri sendiri boleh terbunuh.

Hanya di Syria, Salafi bukan terhad pada aliran pemikiran umat Islam malah melangkui pemikirannya juga pada penganut Kristian.

Hanya di Syria, undang-undang perlembagaan dikawal selia presiden.

Hanya di Syria, gambar berbohong, darah berbohong, rakyat berbohong, semua media berbohong  cuma kerajaannya saja yang tidak berbohong.
Hanya di Syria, rakyatnya tidak senang untuk membuka mulut kecuali apabila pergi berjumpa doktor gigi.
Hanya di Syria, semua media di bawah kawalan kecuali yang melibatkan program muzik sahaja.

Hanya di Syria, seseorang itu mati ketika sedang menuntut kebebasan dikira pengkhianat, pembelot dan perosak  atau lebih elok dipanggil penipu. Manakala siapa yang mati kerana kemalangan jalan raya adalah syahid dan layak dijulang gambar dan dibuatkan patungnya di segenap pelusuk negara .

Hanya di Syria, dihadkan bangunan parlimen pada satu tempat di panggung teater agar dapat memberi laluan lebih luas kepada bangunan agen perisik negara.
Hanya di Syria, menghina presiden kufur, menghina agama ikut teori.
Hanya di Syria, semua kata-kata ucapan presiden menjadi sejarah.

Hanya di Syria, agen perisikan kerajaan bertungkus lumus mengambil maklumat alamat Ibnu Taimiyah dalam proses penangkapannya, tetapi tidak seorang pun dari mereka mendengar yang beliau telah meninggal 700 tahun yang lalu.

Ini adalah beberapa komen yang saya berjaya himpunkan merujuk pada blog yang diambil dari luahan rakyat Syria atas kekejaman dan penderitaan  yang mereka alami. Moga-moga menjadi rujukan Pertubuhan Hak Asasi Manusia dan seterusnya untuk edaran semua pembaca Arab.

Oleh Fahmi Huwaide

Sunday, May 22, 2011

Hot Breaking New ..Syria dalam Bahaya Sekarang.. Need Doa From All Human Being

Azadi, Azadi dalam Bahasa Kurdis bererti kebebasan
Kerajaan Syria mengganas lagi. Membunuh dan terus membunuh rakyatnya yang tidak berdosa. Peristiwa pembunuhan mengorbankan berpuluh-puluh rakyat Hama Syria 1984 berulang lagi. Kali ini lebih dahsyat lagi kerana bandar dan kampung yang menjadi tempat rakyat Syria berdemonstrasi menuntut hak dan kebebasan semenjak 40 tahun lebih dinodai terus diserang dan dikepung dengan kereta-kereta kebal, senjata-senjata canggih dan peluru-peluru hidup para sniper di atas bangunan tinggi. Ia bagaikan Yahudi laknatullah membedil Gaza tempohari. Kalau di Palestin dulu sehinggalah sekarang dunia semua tahu tindakan ganas terrosis Yahudi Israel menyembelih rakyat Palestin kerana ada juga laporan dari media yang membuat liputan di sana sekurang-kurang ada wartawan dari media rasmi boleh meninjau di lokasi kejadian sebenar.

Gambar mangsa tembakan sniper

Tetapi di Syria sekarang berlaku sebaliknya. Sesiapa yang  keluar untuk berdemontrasi akan ditembak tanpa mengira lelaki, perempuan, muda, tua dan kanak-kanak. Pihak pegawai tentera yang enggan melepaskan tembakan peluru hidup ke atas rakyat yang keluar demontrasi akan ditembak oleh pihak keamanan kerajaan Syria. Sehingga kini beratus-ratus pegawai tentera termasuk tentera biasa yang enggan tunduk kepada pihak atasan membedil rakyat sendiri turut terbunuh termasuk anak-anak mereka sendiri.

Sebenarnya dunia ditutup dengan peristiwa kejam dan ganas kerajaan mereka sendiri yang berfahaman Nusairi alawiyah pro Iran, Hizbullah dan Rusia. Di mana para wartawan asing jangan pandai-pandai  membuat laporan sebenar yang berlaku malah tidak dibenarkan sama sekali memasuki Syria terutama memasuki kawasan panas seperti wilayah Daraa, Baniyas (Lattakia), Talkalakh (Homs)yang hebat membantah kerajaan kukubesi Asad.
Perempuan Syria turut ditembak
Jadi rakyat merekalah  bertindak sebagai wartawan dan pelapor kejadian sebenar ke halaman you tube. Sambil berdemo sempat mereka mengambil gambar dan mengutip berita walaupun peluru hidup penembak sniper hantu kerajaan bila-bila masa boleh membaham tubuh mereka. Penyembelihan kerajaan Syria terhadap rakyatnya sendiri tidak mendapat laporan menyeluruh media aljazeera dan media arab lain. Lebih-lebih lagi media antarabangsa lain. Kecuali melalui website dan rangkaian televisyen revolusi rakyat Syria sendiri.

Sehingga ke saat ini hampir 2000 orang telah terbunuh dan hampir 11000 ditahan tidak cukup di penjara, sekolah dan staduim dijadikan lokasi penjara hidup. Pendek kata hari ini semua bandar besar, kampung dan di mana saja di Syria rakyat tidak takut untuk berdemontrasi menuntut kebebasan dan selamatkan. Untuk maklumat lanjut layari : www.free-syria.com
Revolusi Syria di Damascus berhampiran Hotel Cham Palace

                                

Friday, April 15, 2011

Fakta tentang Piramid daripada Al-Quran

“ Piramid bukannya daripada tanah”
Malangnya ada setengah daripada umat Islam tersilap faham dari kandungan ayat Al-Quran yang menyebut mengenai Piramid:
Kata Fir'aun: "Wahai pembesarku, aku tidak mengetahui ada Tuhan buat kamu selain aku. Maka Firaun perintah: Wahai Haman bakarlah untukku tanah liat. Kemudian buatkanlah untukku tugu yang tinggi supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku yakin bahawa dia dari golongan penipu".
( Surah Al-Qashas ayat 38)
Semua ini bahaya akibat terpengaruh dengan kehebatan dan kepercayaan membuta-tuli tanpa usul periksa motif jahat setiap apa yang dibawa oleh pihak-pihak terutamanya dari barat. Oleh itu awas dengan permainan licik mereka dalam perkara yang semudah ini pun kita ditipu malah dengan senang hati dan bangga pula kita menelannya.
 “Bukanlah maksud tugu yang tinggi di sini dengan binaan piramid”
Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:
1- Ketika mana disebut perkataan sejenis bahan rahsia. Mana mungkin perkara yang tidak diketahui boleh diterima pakai.
2- Batu-batan Piramid secara yakin adalah terdiri dari batu-batu bukit, kerana kesan-kesan tempat longgokan batu itu masih wujud sehingga sekarang.
3- Sekiranya piramid itu dibina dari tanah liat yang dibakar tetapi kenapa saiz antara batu-batu itu begitu berbeza sekali?
4- Kenapa Raja Firaun tidak menyebut dapur pembakaran gergasinya? Kenapa juga kita tidak temui lokasinya itu sehingga sekarang? Bagaimana boleh sampai suhu kepanasan 900 darjah celcius???
5- Mengikut sejarah yang ada pada kita sekarang ini di mana telah berlaku pembohongan fakta kerana yang sebenarnya piramid itu bukannya dibina pada zaman nabi Musa atau Firaun sahaja malah ia dibina sebelum kedatangan nabi Yusuf dan keluarga baginda ke Mesir lagi! Ini bermakna sebelum wujud bangsa Yahudi secara jelas.
6- Seandainya Firaun orang pertama membina tugu tinggi/piramid atas alasan memperlekehkan nabi Musa. Tetapi kenapa kedapatan binaan piramid sebenarnya sebanyak 150? Sedangkan dalam ayat Al-Quran di atas jelas menyebut satu sahaja bukannya banyak.
7- Mengikut cerita yang banyak diperkatakan menyebut proses binaan piramid memakan masa 23 tahun. Adakah Firaun sanggup membina piramidnya itu selama tempoh masa tersebut semata-mata mencabar nabi Musa alaihisalam.
8- Di Sinai ada bukit tetapi tidak ada tanah liat, tetapi kenapa pembinaan kubu-kubu Firaun diperbuat daripada tanah-tanah liat? Tetapi kenapa mereka bawakan tanah liat dari wadi sungai Nil sejauh 300km? Kenapa mereka tidak gunakan batu-batu bukit untuk membina kubu bagi memperkuat binaan dari rempuhan serangan ketenteraan? Kalau tidak pun kenapa mereka tidak tukarkan tanah itu kepada batu kerana sudah pasti mereka mampu melakukannya?

Masalah yang dihadapi oleh setengah umat Islam kerana mereka sering tertipu dengan maklumat yang tidak diketahui lalu terpedaya dalam tafsiran ayat tadi jelas menyebut bahawa tamadun Firaun yang membina piramid yang berasaskan tanah liat 100%.

Pembohongan tafsiran itu sebenarnya ingin mengheret umat manusia agar percaya bahawa Firaun sebenarnya yang membina piramid. Mereka cuba memberi gambaran imiginasi yang menunjukkan kehebatan Firaun dapat mengendalikan batu-batu untuk binaan piramid yang beratnya bertan-tan boleh ditarik dengan tali melalui tenaga manusia dan binatang yang cukup luar biasa !!
Situasi indah dan lucu itu sebenarnya boleh dirakamkan melalui media karikatur lukisan  yang dipersembahkan dalam filem kartun sahaja.
Bersambung...

Lagi teori-teori pembinaan piramid yang melucukan

 

Seorang pengkaji Yaman menyakini bahawa binaan Piramid adalah batu-batan yang diperbuat daripada simen! Kalau tidak macam mana boleh mereka mengangkat batu-batu Piramid yang seberat itu? Disarankan kepada beliau agar mendapat bantuan dengan keadaan sebenar yang ada di Piramid tersebut dengan turun padang ke sana sebelum mengatakan pandangan beliau itu..

Beliau tidak melihat ke batu-batu yang dipahat itu adalah batu-batu bukit?
Bagaimana pula dengan batu-batu granit yang meliputi piramid itu malah masih wujud sebahagiannya?Beratnya bertan-tan tetapi bagaimana diangkut batu-batu itu dari Aswan sejauh 650km! Adakah batu-batu ini juga dari simen?



Manakala pengkaji Peranchis Yahudi mendakwa batu-batu piramid itu diperbuat daripada tanah yang bercampur dengan jenis bahan rahsia(?)di dapur oven gergasi yang darjah kepanasannya mencapai 900 celsius (!). Tetapi yang peliknya bagaimana ditarik dan diangkut batu seberat itu?

Wednesday, March 23, 2011

Teori-teori pembinaan piramid yang melucukan

Setengahnya percaya bahawa Allah yang membina piramid!!

Malah mereka berpesta dan melakukan upacara keagamaan di situ.






Saintis Amerika ada mendakwa Firaun kemungkinan pernah mencipta belon gergasi untuk mengangkat batu-batu piramid yang beratus-ratus beratnya!

Bersambung..

Tuesday, March 22, 2011

Fakta Ilmiah yang membuktikan Firaun tidak berupaya membina Piramid.

Antaranya:

Tugu kuil Karnak
             (Seberat 323 tan !! )
Catatan yang dipahat atas tugu tersebut:
Beta adalah Raja Hatsybasut, di mana ayah beta Tuhan Amon telah menitahkan agar beta membina 4 tugu.
Ia dilakukan dengan andaian selepas penemuan artifak purba dan terjemahan yang diakhiri dengan peranan ahli arkeologi.
Ini diandaikan sekiranya terjemahan tersebut tidak salah atau tidak berniat jahat.
Tetapi  selepas itu saintis dalam pelbagai displin ilmu membuat kajian semula mendapati dari segi:
Bentuk senibina, tiada seorang pun dari bala tentera raja tersebut mampu mengerakkan tugu tersebut.
Sejarah pembinaannya menunjukkan penyelewengan dan pemalsuan oleh raja tersebut kerana yang pasti tugu-tugu dan tempat ibadat tersebut sudah wujud sebelum beliau lagi!!
Manakala sudut keagamaan menunjukkan tiada tuhan yang dinamakan Amon.
Jadi siapakah yang membinanya?



Gambar ini seolah-olah mengatakan: “tengok kenderaan sebesar ini pun sukar dan perit sekali menanggung batu tersebut!! Apatah lagi  dengan firaun!!”.



Perhatikan fakta ini yang tersangat penting
Demikianlah bayangan kita mengatakan tenaga manusia mampu mengangkat batu-batu gergasi ke atas roda-roda kayu!! Tetapi kenapa kita tidak bertanya bagaimana cara mereka mengangkat batu dan meletakkannya atas roda-roda kayu tersebut? Yang peliknya kenapa roda-roda kayu itu tidak pecah? Kemudian patut ditanya lagi kenapa roda-roda kayu tersebut tidak tenggelam dalam pasir? Semua pertanyaan tersebut sepatutnya dapat dijawab dengan mudah.

Kemudian selepas itu mereka memberitahu kita bahawa proses kerja tersebut dilakukan dengan membelit batu-batu tersebut dengan tali dengan bantuan tenaga empat kerat manusia di samping beberapa ekor lembu jantan kadang-kadang menarik batu-batu itu di atas padang pasir berpuluh-puluh kilometer jauhnya!! Kemudian diangkat batu-batu tersebut itu pula beratus-ratus meter tingginya!!

Hakikat ini boleh terjadi atas lakaran kartun sahaja tetapi realiti sebenarnya…mustahil

Bersambung.

Wednesday, February 16, 2011

Antara Piramid dengan 3 binaan ajaib dunia ..

Sebelum kita memasuki episod perbincangan mengapa kaum gergasi Aad disebut orang yang  membina piramid. Sebelum itu bandingkan binaan piramid dengan binaan tamadun-tamadun ajaib lain yang mengkagumkan dunia. Antaranya:

Tembok Besar China

Dari segi binaan hanya memerlukan tenaga kerja yang sangat ramai untuk membentuk sebuah tembok yang besar. Manakala struktur batu-batannya biasa dan kecil sahaja. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.



Menara condong Pisa

Telah berlaku kesilapan dalam rekabentuk binaannya sehingga hilang keseimbangan menyebabkan ia menjadi condong. Jadi untuk memanjangkan jangka hayatnya pelbagai teknik sokongan telah dilakukan. Meskipun begitu mengikut ramalan pakar ia akan tumbang juga dalam lingkungan 150 tahun ke hadapan. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.







Piramid Maya                                        
Tugu segitiga kuil ini dibina dari batu-batan kecil. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.
Lihat contoh batu-batan yang digunakan dalam pembinaan Piramid dan bangunan gergasi lain di Mesir. Jadi tanda tanya di sini bagaimana ianya diangkat dan dipindahkan?


Pada tamadun purba lain dibayangkan ada juga unsur-unsur projek mega gergasinya. Namun yang mana satu menarik, menakjubkan, penuh ketelitian dan ketinggian teknologi binaan berbanding dengan tamadun purba Mesir itu.

Bersambung...





Saturday, February 12, 2011

Kenapa pembohongan ini berlaku?

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan kuncu-kuncunya sedaya mungkin mahu menghapuskan kesan tamadun kaum Aad kerana dalam kitab Al-Quran Al-Karim sahaja yang menyebut kisahnya mereka secara detail.

Justeru itu mereka cuba mengaitkan tamadun kaum Aad dengan tamadun Firaun.
Dengan erti kata lain masalah di sini ialah memerangi kebenaran Al-Quran. Bagi Yahudi  kebenaran Al-Quran mesti ditentang habis-habisan agar umat manusia tidak mudah percaya dengan ketulenan sumber asli ajaran Islam.

Malah mereka juga mempercayai yang Allah telah mencipta alam dan manusia semenjak 7000 tahun yang lalu sebagaimana yang termaktub dalam kitab Talmud mereka. Kerana kitab yang diubahsuai oleh mereka ini dikatakan  menjadi rujukan utama untuk syariah Yahudi.
Persoalan di sini kenapa muncul pula tamadun yang berumur 70 ribu tahun?
Oleh itu mereka mengaitkan seluruh binaan gergasi di merata dunia hari ini umpama tamadun Firaun, Greek, Rom dan banyak lagi tamadun lain sekitar umur 7000 tahun sahaja tidak lebih daripada itu. Di sini jelas mereka cuba menyembunyi maklumat yang menyebut umur Mesir selama 70 ribu tahun dengan umur sebenarnya sekadar 7000 tahun sahaja.

Adakah anda mengetahui mengapakah kita mengakui tamadun Mesir sekadar 7000 tahun sahaja!! Sedangkan tamadun Mesir tersebut sebenarnya berumur 70 ribu tahun. Sedarilah wahai Mesir dan seisinya dikau adalah bumi bertuah, bumi anbiya, bumi segala dunia dan kubu pertahanan Allah di mukabumiNya jangan engkau terpedaya dengan tipudaya tersebut.
Bagaimana boleh anda mengakui tempoh tersebut sedangkan kita mengakui bahawa kaum Aad adalah tamadun pertama selepas kaum Nuh adalah di Yaman??
Jangan risau semua itu terdapat bukti yang saya berjaya ketengah di sini. Jikalau saya tersilap sudah pasti tidak memberi apa-apa musibah kepada sesiapa tetapi jika saya betul dalam kajian saya ini maka dengan pasti memberi keuntungan dan manfaat buat warga Mesir dan umat Islam hasil perbincangan ini.

Bersambung...