Monday, January 31, 2011

Makhluk lain yang membina Piramid bukannya Firaun!!


"Pembinaannya paling bermisteri dan penuh teka-teki di dunia"



Menurut Prof. Dimitry Moulatsoitis Pakar Sains Roket Angkasalepas Jerman


Sempena kebangkitan rakyat Mesir menentang Firaun modennya akan dipaparkan dalam ruangan blog ini secara berperingkat-peringkat mengenai tajuk:

Makhluk lain yang membina Piramid bukannya Firaun!!
Pendedahan mengenai pembohongan fakta yang telah disembunyi oleh musuh Islam dan kuncu-kuncunya semenjak zaman berzaman berjaya dibongkar.

Ikuti pendedahan tersebut nanti berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran, penemuan arkeologi dan sejarah kejadian manusia.

 
Pendahuluan
Ada pihak menaruh dendam kesumat mencipta (hadith maudhu’ atau hadith palsu) yang disandarkan kepada rasulullah sollallahualaihiwasalam. Mereka juga turut memalsukan fakta-fakta sejarah kita umat Islam atas faktor agama yang benar. Sayang sekali kita terus mempercayainya secara membuta tuli.
Adakah patut mereka menyandarkan tamadun makhluk gergasi kaum Aad kepada tamadun Firaun yang langsung tidak mampu membina projek mega Piramid tersebut!
Kenapakah ini terjadi? Sebab-sebab yang dikenalpasti mereka mengalih pandangan tersebut ialah:
1- Al-Quran ada menyebut sejarah tamadun makhluk gergasi kaum Aad sedangkan kisah ini tidak dinyatakan dalam kitab Taurat dan Injil. Ini kerana seandainya tersebar hakikat ini sudah tentu jelas Al-Quran itu kitab Allah yang sejati bukannya dongengan semata-mata sebagaimana yang mereka perlekehkan. Malah terbukti agama Islam yang bersumberkan Al-Quran adalah agama lengkap dan sempurna untuk dihayati serta dijadikan panduan hidup.
2- Disebut kitab Talmud bayangan tafsir kepada Taurat malah dikatakan sumber perundangan syariah Yahudi. Ia menyebut Allah mencipta alam dan nabi Adam semenjak 7000 tahun yang lalu sahaja!! Sedangkan dalam catatan mereka menyebut tamadun awal manusia bertapak di bumi berumur 70,000 tahun? Jadi nampak jelas fakta yang cuba disorokkan oleh musuh.
3- Di sini kita akan meneliti puluhan bukti yang Allah tinggalkan kepada kita yang mensabitkan tamadun makhluk gergasi kaum Aad sebenarnya yang membina piramid, obelisk, tempat ibadat dan patung mesir kuno. Mungkin kita bertanya soalan senang saja bagaimana mungkin puak Firaun pada zaman kecanggihan ketika itu untuk melakukan kerja dengan berjuta-juta ketulan batu yang beratus-beratus tan berat setiapnya? Bukan dekat sampai beratus-ratus kilo. Itu dari segi jarak panjang. Bagaimana pula dengan mengangkat ketulan batu itu sampai beratus-ratus meter tinggi. Persoalannya di sini bagaimana mereka mengangkutnya? Jawapan sepatutnya diterima sesuai dengan ilmu praktikal pembinaan kejuruteraan dan bukannya melontarkan teori khayalan, ramalan, andaian, mistik dan pemujaan semata-mata kerana membesarkan Firaun.
Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut sudah tentu timbul pertanyaan berikut: Adakah orang yang membina piramid itu Firaun ataupun kaum Aad? Adakah tamadun Mesir itu 70 ribu tahun atau hanya 7 ribu tahun sahaja? Adakah Al-Quran itu benar atau sekadar kitab dongengan semata-mata?
Itu hanya sekadar muqaddimah yang ingin saya ketengah dengan harapan semoga Allah memberi taufiq dan inayah dalam membantu memperkuatkan hakikat realiti ini.

Untuk mengikuti kisah benar yang jarang didedahkan kepada umum. Nantikan di ruangan akan datang dengan penuh kesabaran. Memandangkan penulis juga menghadapi situasi kesukaran untuk mendapatkan sumber bahasa asal di Mesir tempat lokasi piramid dibina. Serta memerlukan terjemahan tepat untuk tatapan pembaca berbahasa Melayu.

Berita Gembira

Untuk warga Mesir
Umur jangka hayat tamadun Mesir ialah 70 ribu tahun bukannya 7 ribu tahun sebagaimana yang disangkakan. Dengan ini kita bebas dari belenggu penjajahan pemikiran yang mengatakan Firaun itu musuh Allah sebenarnya musuh kepada Mesir itu sendiri !!. Kita juga bebas dari fakta palsu yang mengatakan Firaun yang membina 100% piramid. Tetapi sebaliknya ada lagi kaum yang lebih lama, lebih kuat dan lebih cantik dari tamadun Firaun.

Untuk setiap orang Arab
Berjaya dibuktikan sejarah benar berkaitan negara Arab oleh orang Arab muslim.

Untuk setiap orang Islam
Akhirnya terbongkar kebenaran pembinaan tamadun gergasi kaum Aad yang sekaligus menolak dakwaan orang kafir Al-Quran itu sebuah kitab dongeng.

Diubahsuai dari sumber asal:
Muhammad Samer Atta (Pengkaji Sejarah Pembinaan Piramid)

No comments:

Post a Comment