Wednesday, February 16, 2011

Antara Piramid dengan 3 binaan ajaib dunia ..

Sebelum kita memasuki episod perbincangan mengapa kaum gergasi Aad disebut orang yang  membina piramid. Sebelum itu bandingkan binaan piramid dengan binaan tamadun-tamadun ajaib lain yang mengkagumkan dunia. Antaranya:

Tembok Besar China

Dari segi binaan hanya memerlukan tenaga kerja yang sangat ramai untuk membentuk sebuah tembok yang besar. Manakala struktur batu-batannya biasa dan kecil sahaja. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.



Menara condong Pisa

Telah berlaku kesilapan dalam rekabentuk binaannya sehingga hilang keseimbangan menyebabkan ia menjadi condong. Jadi untuk memanjangkan jangka hayatnya pelbagai teknik sokongan telah dilakukan. Meskipun begitu mengikut ramalan pakar ia akan tumbang juga dalam lingkungan 150 tahun ke hadapan. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.







Piramid Maya                                        
Tugu segitiga kuil ini dibina dari batu-batan kecil. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.
Lihat contoh batu-batan yang digunakan dalam pembinaan Piramid dan bangunan gergasi lain di Mesir. Jadi tanda tanya di sini bagaimana ianya diangkat dan dipindahkan?


Pada tamadun purba lain dibayangkan ada juga unsur-unsur projek mega gergasinya. Namun yang mana satu menarik, menakjubkan, penuh ketelitian dan ketinggian teknologi binaan berbanding dengan tamadun purba Mesir itu.

Bersambung...





No comments:

Post a Comment