Thursday, November 4, 2010

Tuesday, November 2, 2010

PALESTIN KEDUA YANG DILUPAKAN.... OUR ANDALUS

 

                      BERTAPAK SELAMA 800 TAHUN MELIPUTI SPAIN, PORTUGAL DAN SELATAN PERANCHIS


                                          HAYATI NASYID INI WALAUPUN DALAM EDISI BAHASA ARAB

                                                                 
                                                   
 

Sejarah Kegemilangan Islam di Eropah

                                            Bahagian Pertama


                                         
                                            Bahagian Kedua

Terbukti Al-Quran Itu Mengandungi Fakta2 Saintifik

Pengakuan Saintis Barat akan Kehebatan Rasullullah Sollallahu'alaihiwasalam

Monday, November 1, 2010

11 GOLONGAN AHLI NERAKA

Firman Allah Subhanahuwataala dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari yang ditiup sangkakala lalu kamu datang  berkelompok-kelompok."

Diriwayatkan berkaitan ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh sahabat Muaz bin Jabal R.A, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah sollallahualaihiwasalam menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.  Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

     1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan
        Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
     
     2.Mereka yang menyerupai babi.
        Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
      
     3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
        Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
       
     4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
        Inilah balasan mereka yang berdusta.
     
     5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
        Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
      
     6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
        Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

    7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.
       Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
      
     8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya keatas
        Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
     9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
        Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

    10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan.
         Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
     
    11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga    keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran.
        Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

    12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustaqim pantas seperti kilat.    
        Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".       
       
      

Ekspress Bahasa Arab