Friday, April 15, 2011

Fakta tentang Piramid daripada Al-Quran

“ Piramid bukannya daripada tanah”
Malangnya ada setengah daripada umat Islam tersilap faham dari kandungan ayat Al-Quran yang menyebut mengenai Piramid:
Kata Fir'aun: "Wahai pembesarku, aku tidak mengetahui ada Tuhan buat kamu selain aku. Maka Firaun perintah: Wahai Haman bakarlah untukku tanah liat. Kemudian buatkanlah untukku tugu yang tinggi supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku yakin bahawa dia dari golongan penipu".
( Surah Al-Qashas ayat 38)
Semua ini bahaya akibat terpengaruh dengan kehebatan dan kepercayaan membuta-tuli tanpa usul periksa motif jahat setiap apa yang dibawa oleh pihak-pihak terutamanya dari barat. Oleh itu awas dengan permainan licik mereka dalam perkara yang semudah ini pun kita ditipu malah dengan senang hati dan bangga pula kita menelannya.
 “Bukanlah maksud tugu yang tinggi di sini dengan binaan piramid”
Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:
1- Ketika mana disebut perkataan sejenis bahan rahsia. Mana mungkin perkara yang tidak diketahui boleh diterima pakai.
2- Batu-batan Piramid secara yakin adalah terdiri dari batu-batu bukit, kerana kesan-kesan tempat longgokan batu itu masih wujud sehingga sekarang.
3- Sekiranya piramid itu dibina dari tanah liat yang dibakar tetapi kenapa saiz antara batu-batu itu begitu berbeza sekali?
4- Kenapa Raja Firaun tidak menyebut dapur pembakaran gergasinya? Kenapa juga kita tidak temui lokasinya itu sehingga sekarang? Bagaimana boleh sampai suhu kepanasan 900 darjah celcius???
5- Mengikut sejarah yang ada pada kita sekarang ini di mana telah berlaku pembohongan fakta kerana yang sebenarnya piramid itu bukannya dibina pada zaman nabi Musa atau Firaun sahaja malah ia dibina sebelum kedatangan nabi Yusuf dan keluarga baginda ke Mesir lagi! Ini bermakna sebelum wujud bangsa Yahudi secara jelas.
6- Seandainya Firaun orang pertama membina tugu tinggi/piramid atas alasan memperlekehkan nabi Musa. Tetapi kenapa kedapatan binaan piramid sebenarnya sebanyak 150? Sedangkan dalam ayat Al-Quran di atas jelas menyebut satu sahaja bukannya banyak.
7- Mengikut cerita yang banyak diperkatakan menyebut proses binaan piramid memakan masa 23 tahun. Adakah Firaun sanggup membina piramidnya itu selama tempoh masa tersebut semata-mata mencabar nabi Musa alaihisalam.
8- Di Sinai ada bukit tetapi tidak ada tanah liat, tetapi kenapa pembinaan kubu-kubu Firaun diperbuat daripada tanah-tanah liat? Tetapi kenapa mereka bawakan tanah liat dari wadi sungai Nil sejauh 300km? Kenapa mereka tidak gunakan batu-batu bukit untuk membina kubu bagi memperkuat binaan dari rempuhan serangan ketenteraan? Kalau tidak pun kenapa mereka tidak tukarkan tanah itu kepada batu kerana sudah pasti mereka mampu melakukannya?

Masalah yang dihadapi oleh setengah umat Islam kerana mereka sering tertipu dengan maklumat yang tidak diketahui lalu terpedaya dalam tafsiran ayat tadi jelas menyebut bahawa tamadun Firaun yang membina piramid yang berasaskan tanah liat 100%.

Pembohongan tafsiran itu sebenarnya ingin mengheret umat manusia agar percaya bahawa Firaun sebenarnya yang membina piramid. Mereka cuba memberi gambaran imiginasi yang menunjukkan kehebatan Firaun dapat mengendalikan batu-batu untuk binaan piramid yang beratnya bertan-tan boleh ditarik dengan tali melalui tenaga manusia dan binatang yang cukup luar biasa !!
Situasi indah dan lucu itu sebenarnya boleh dirakamkan melalui media karikatur lukisan  yang dipersembahkan dalam filem kartun sahaja.
Bersambung...

Lagi teori-teori pembinaan piramid yang melucukan

 

Seorang pengkaji Yaman menyakini bahawa binaan Piramid adalah batu-batan yang diperbuat daripada simen! Kalau tidak macam mana boleh mereka mengangkat batu-batu Piramid yang seberat itu? Disarankan kepada beliau agar mendapat bantuan dengan keadaan sebenar yang ada di Piramid tersebut dengan turun padang ke sana sebelum mengatakan pandangan beliau itu..

Beliau tidak melihat ke batu-batu yang dipahat itu adalah batu-batu bukit?
Bagaimana pula dengan batu-batu granit yang meliputi piramid itu malah masih wujud sebahagiannya?Beratnya bertan-tan tetapi bagaimana diangkut batu-batu itu dari Aswan sejauh 650km! Adakah batu-batu ini juga dari simen?



Manakala pengkaji Peranchis Yahudi mendakwa batu-batu piramid itu diperbuat daripada tanah yang bercampur dengan jenis bahan rahsia(?)di dapur oven gergasi yang darjah kepanasannya mencapai 900 celsius (!). Tetapi yang peliknya bagaimana ditarik dan diangkut batu seberat itu?