Wednesday, February 16, 2011

Antara Piramid dengan 3 binaan ajaib dunia ..

Sebelum kita memasuki episod perbincangan mengapa kaum gergasi Aad disebut orang yang  membina piramid. Sebelum itu bandingkan binaan piramid dengan binaan tamadun-tamadun ajaib lain yang mengkagumkan dunia. Antaranya:

Tembok Besar China

Dari segi binaan hanya memerlukan tenaga kerja yang sangat ramai untuk membentuk sebuah tembok yang besar. Manakala struktur batu-batannya biasa dan kecil sahaja. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.



Menara condong Pisa

Telah berlaku kesilapan dalam rekabentuk binaannya sehingga hilang keseimbangan menyebabkan ia menjadi condong. Jadi untuk memanjangkan jangka hayatnya pelbagai teknik sokongan telah dilakukan. Meskipun begitu mengikut ramalan pakar ia akan tumbang juga dalam lingkungan 150 tahun ke hadapan. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.







Piramid Maya                                        
Tugu segitiga kuil ini dibina dari batu-batan kecil. Tiada kehebatan teknologi binaannya sama ada dari segi rekabentuk dan susunan.
Lihat contoh batu-batan yang digunakan dalam pembinaan Piramid dan bangunan gergasi lain di Mesir. Jadi tanda tanya di sini bagaimana ianya diangkat dan dipindahkan?


Pada tamadun purba lain dibayangkan ada juga unsur-unsur projek mega gergasinya. Namun yang mana satu menarik, menakjubkan, penuh ketelitian dan ketinggian teknologi binaan berbanding dengan tamadun purba Mesir itu.

Bersambung...





Saturday, February 12, 2011

Kenapa pembohongan ini berlaku?

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan kuncu-kuncunya sedaya mungkin mahu menghapuskan kesan tamadun kaum Aad kerana dalam kitab Al-Quran Al-Karim sahaja yang menyebut kisahnya mereka secara detail.

Justeru itu mereka cuba mengaitkan tamadun kaum Aad dengan tamadun Firaun.
Dengan erti kata lain masalah di sini ialah memerangi kebenaran Al-Quran. Bagi Yahudi  kebenaran Al-Quran mesti ditentang habis-habisan agar umat manusia tidak mudah percaya dengan ketulenan sumber asli ajaran Islam.

Malah mereka juga mempercayai yang Allah telah mencipta alam dan manusia semenjak 7000 tahun yang lalu sebagaimana yang termaktub dalam kitab Talmud mereka. Kerana kitab yang diubahsuai oleh mereka ini dikatakan  menjadi rujukan utama untuk syariah Yahudi.
Persoalan di sini kenapa muncul pula tamadun yang berumur 70 ribu tahun?
Oleh itu mereka mengaitkan seluruh binaan gergasi di merata dunia hari ini umpama tamadun Firaun, Greek, Rom dan banyak lagi tamadun lain sekitar umur 7000 tahun sahaja tidak lebih daripada itu. Di sini jelas mereka cuba menyembunyi maklumat yang menyebut umur Mesir selama 70 ribu tahun dengan umur sebenarnya sekadar 7000 tahun sahaja.

Adakah anda mengetahui mengapakah kita mengakui tamadun Mesir sekadar 7000 tahun sahaja!! Sedangkan tamadun Mesir tersebut sebenarnya berumur 70 ribu tahun. Sedarilah wahai Mesir dan seisinya dikau adalah bumi bertuah, bumi anbiya, bumi segala dunia dan kubu pertahanan Allah di mukabumiNya jangan engkau terpedaya dengan tipudaya tersebut.
Bagaimana boleh anda mengakui tempoh tersebut sedangkan kita mengakui bahawa kaum Aad adalah tamadun pertama selepas kaum Nuh adalah di Yaman??
Jangan risau semua itu terdapat bukti yang saya berjaya ketengah di sini. Jikalau saya tersilap sudah pasti tidak memberi apa-apa musibah kepada sesiapa tetapi jika saya betul dalam kajian saya ini maka dengan pasti memberi keuntungan dan manfaat buat warga Mesir dan umat Islam hasil perbincangan ini.

Bersambung...


Siapakah sebenarnya yang membina Piramid?

Soalan yang menggempar semua, adakah Firaun yang sebenarnya membina Piramid?

 
Mari kita analisa  fizikal piramid.
Perhatikan saiz batu yang digunakan!
Adakah Firaun berupaya menggunakan batu yang sangat berat itu! 

Kenapakah pintu jendela tersebut berada dalam kedudukan yang tersangat tinggi ?????

Perhatikan saiz kita dibandingkan dengan bangunan besar tersebut. Yang juga merupakan rumah penginapan kaum Aad di mana selepas itu turut dijadikan rumah kediaman buat Firaun. Dan akhirnya dijadikan kuil tempat ibadat buat mereka. Dilihat kepada keadaan tersebut saiz kita bertambah kecil kerana orang terdahulu saiz mereka sebenarnya dengan ketinggian jendela tersebut. Jadi jelas mengikut pandangan kita saiz batu yang digunakan dalam pembinaan bangunan tersebut adalah tersangat besar, tetapi bagi mereka hanyalah batu-bata kecil sahaja. Perhatikan juga saiz patung kibas yang dibentuk berbanding dengan manusia hari ini dalam bulatan merah anak panah tersebut.

Bersambung..