Friday, October 29, 2010

Haram Tetap haram... No kompromi

Sila lihat di sebelah kanan dan baca hadith di bawah ini
Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasullullah Sollallahualaihiwasalam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas dan di antara keduanya ada hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa menjauhinya, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya sebaliknya sesiapa memasuki syubhah, ia telah memasuki keharaman, bagaikan penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, tidak lama ia akan jatuh ke dalamnya”. (HR Bukhari dan Muslim)



Lebih parah lagi umat Islam ditipu. Kita mati-mati ingatkan Ribena ni semuanya ok tapi rupa-rupanya RIBENA ADA ARAK. Tak percaya baca berita ini.
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. 
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna!  mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. 

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya 
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. 

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. 
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. 

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. 

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Tuesday, October 26, 2010

Abstrak Tesisku

Kajian ini memaparkan kisah benar mengenai peperangan di alaf baru. Peperangan tidak lagi didefinisikan sebagaimana yang sering difahami lantaran kalimah tersebut boleh menakutkan sasaran target. Dan mereka sentiasa berusaha memperlengkapkan segala peralatan ketenteraan, fizikal dan mental menentang dan mempertahankan kedudukan mereka dari terus dicengkam oleh musuh.
Penjajahan masa kini bukan lagi dalam bentuk ketenteraan
Justeru itu untuk mengubah persepsi ketakutan menghadapi peperangan kepada keamanan menghadapinya maka strategi dan langkah telah diatur oleh golongan tertentu untuk menentang dan menakluk musuh dengan cara yang begitu disenangi oleh pihak musuh sehingga mereka begitu selesa dan harmoni iaitulah pihak musuh mengamalkan bentuk dan sistem pemikiran musuh mereka dalam budaya kehidupan mereka. Maka dari sinilah terciptanya istilah penjajahan. Manakala penjajahan sememangnya tidak dinamakan dengan katanama tersebut kerana masih terdapat kegerunan kesan akibatnya.
Era Penjajahan new invasion sudah bermula
 
Penjajahan adalah istilah yang diberikan oleh tokoh-tokoh dunia yang melihat dunia hari ini semakin rancak terhakis asal usul dan jati diri sesuatu bangsa dan agama itu ekoran serangan pemikiran bertubi-tubi pihak musuh ke atas kemajuan dan tamadun yang dikecapi oleh umat yang ingin ditawan itu. Oleh itu dalam kajian ini penulis berusaha mengorek asal usul istilah-istilah penjajahan dan peperangan berserta membandingkannya dengan target yang dicapai dalam budaya, tamadun, warisan dan istilah-istilah lain yang ada kaitan dengan kajian.
Al-Quran mesti dinyahkan dalam kehidupan muslim
Menyesatkan manusia menuju ke jalan yang lurus
Menghina Islam dengan apa cara sekalipun


Mereka yang merancang keganasan bukannya Islam
Seterusnya penulis telah berjaya mengamati banyak aspek dalam kehidupan masyarakat Islam telah sekian lama dicemari- tanpa disedari- oleh asas-asas dan unsur-unsur budaya asing terutama barat dan Yahudi. Fenomena ini dirasakan akibat kesan yang dilalui dalam lipatan sejarah yang mana misi dan visi pihak penjajah dan yang dijajah begitu berbeza.
Bukan dari ajaran Islam
Trick baru penjajahan melalui sumbangan kepada Zionis



Bentuk penjajahan baru, nak maju ikut aku
Dengan ini penulis telah membawa apakah rasionalnya kepada kekacauan yang berlaku dalam umat yang dijajah. Di samping menjejaki strategi dan rentak yang digunakan oleh penjajah dalam mengubah sistem hidup pihak yang dijajah. Seterusnya membuat pengamatan yang serius hasil yang dikutip dalam realiti hidup hari ini dalam masyarakat moden akibat gejala penjajahan yang begitu drastik menghempas umat Islam umumnya tidak ketinggalan di Malaysia.

Monday, October 25, 2010

Dunia Akhir Zaman


Sebelum itu saksikan video menarik untuk kita membuat perbandingan






ISLAM NAMA SAHAJA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah sollahualaihiwasalam; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

Riwayat al-Baihaqi.

Keterangan:

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah sollahualaihiwasalam. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah sollahualaihiwasalam bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.

Riwayat Turmizi

Keterangan:

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

Riwayat Muslim.

Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah sollahualaihiwasalam ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

ZAMAN DI MANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah sollahualaihiwasalam, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.
Riwayat Muslim

Keterangan:
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah sollahualaihiwasalam bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” 

Riwayat  Ahmad

Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah sollahualaihiwasalam. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
Riwayat Turmizi

Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah sollahualaihiwasalam ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.



Saturday, October 23, 2010

Bukan salah babi tetapi kita mesti sami'na wa ato'na - kami dengar dan kami patuh

 Sebelum baca kisah babi, tengok video di bawah ini akan gandingan hebat antara daging babi fresh dengan coke menghasilkan bukti konkrit pengharaman babi ke atas umat Islam terutamanya


 Nota: Bukan bermakna susah orang Islam nak makan yang itu haram yang ini haram tetapi salah kita juga  tak berusaha menghasilkan bahan mentah ingredient yang suci lagi halal untuk pembuatan makanan dan produk lain. Lebih-lebih lagi dek angkara iblis, syaitan, musuh manusia dan konco-konconya sememangnya berusaha dan terus berusaha menghancurkan orang Islam. Tak dapat musnah Al-Quran, musnah orang Islam melalui makanan kira jadi lah

 Sekarang ikuti kisah babi yang mendebarkan...


Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia.
Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran, sebagai haiwan babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.


PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI

Dr. Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis.

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM
Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari asid urik, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia, bersifat racun.
Dengan kata lain asid urik sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyedari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu perubatan mengetahui bahawa babi sebagai sarang segala macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah Subhanahu Wa Taa`la jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

1. Al Baqarah (2) : 173

Sesungguhnya Allah mengharamkan kepada kamu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi sesiapa yang dalam keadaan terpaksa memakannya sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

2. Al Maa'idah (5) : 3

Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya…

3. Al An `Aam (6) : 145

Katakanlah: "Tiadalah Aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Siapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas. Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha penyayang".

4. An Nahl (16) : 115

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasmu memakanbangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi siapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas. Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:
Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya.
Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.
Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus lebih suka makan dan tidur, bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya.
Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah tidak berhasrat menerkam dan membela diri. Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu.

(Buku: Adaptive physiology on mammals and birds).
Sumber:internet

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah). Hal tersebut. Berlaku disebabkan kerana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging. Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya. Kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweeden. China (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Sweeden (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.
Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60 darjah celcius lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih.
Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit:-

Pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris), dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas Mexico yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Si perempuan itu menegaskan bahawa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing dan sebagainya menempel di dinding usus pada tubuh perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke hujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak boleh keluar darinya. Hal ini menyebabkan disfungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak.

Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter” dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Disebut dalam sebuah artikel yang mengatakan: ”Bahawa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV satelit di Timur Tengah, seorang doktor pakar lupa namanya telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! Wallahua’lam.


PENGHARAMAN BABI
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian lainnya. Firman Allah Subhanahu Wa Taa’la dalam surah Al-Maaidah ayat 3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firmanNya dalam Surah Al-An’am ayat 145 dan Surah Al-Nahl ayat 115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat tersebut merupakan nas yang jelas, yang menegaskan tentang pengharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah usul fiqh:
إطْلاق الجزء وإرادة الكل 
Ertinya yang disebutkan sebahagian tetapi dikehendaki seluruhnya.


Daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak haiwan lainnya. Darahnya mengandung asid urik paling tinggi. Asid urik merupakan bahan yang jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sedikitnya 70 jenis penyakit yang mesti dihidapi haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjangkiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli perubatan modern. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan kerana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah Subhanahu Wa Taa’la mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah Subhanahu Wa Taa’la telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap peralatan masak moden telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA FARMASI
Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari bahan kapsul, penyumbang organ-organ tubuh dan hormon serta enzimnya. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut:-

Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan sistem vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bahagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.


MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM
Ada seorang saintis bertanya kepada seorang ulama mengenai haiwan babi ini.

Saintis: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Di mana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!!!

Ilmuwan: Tidak boleh!!!!????

Ulama: Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan kudrat dan fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan: Pada kandang Babi?

Ulama: Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutkan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.


PANDANGAN ULAMA’
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan kerana sekadar mabuk, melainkan semata-mata kerana Allah SWT mengharamkannya yakni menjunjung perintahNya. Tidak mahu zina bukan kerena takut kena sipilis atau HIV, tetapi kerana ada larangan dari Allah Subhanahu Wa Taa’la. Demikian juga, tidak makan babi bukan kerana takut ada cacing pita, melainkan kerana Allah Subhanahu Wa Taa’la sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di sebalik larangan makan babi yang boleh dinyatakan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di sebalik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

CARA PENCEGAHAN

Akhir kalam, jagalah diri kita dengan sungguh-sungguh kerana musuh di abad yang serba mencabar di mana-mana saja boleh wujud kerana kata Allah:

Bersiap sedialah kamu untuk menghadapi musuh dengan menyediakan segala kekuatan kamu umpama memperlengkapkan kuda-kuda yang sedia untuk berperang. Agar kamu dapat menggentarkan musuh Allah juga musuhmu serta musuh selain dari mereka itu yang kamu tidak mengetahuinya. Sedangkan Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). (Al-Anfaal: 60)

Daging Mac Donald eeem..... lazatnya!!


 (Tengok dan baca info penting ni. Jangan kata ok jah. Perancangan musuh ada di mana-mana hatta dalam makanan kita.  Kita kena timba ilmu dan terus belajar dan  belajar supaya tidak mudah ditipu orang. Jangan terpedaya dengan motto "Hidup biar Sedap" kerana padahnya  rosak darah daging hati gelap gulita anti cahaya kebenaran).                                     



Berita dari Timur Tengah

Sebarkan kepada semua: Jangan menghampiri Mac Donald dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Kami hanya memberitahu anda, selepas ini anda boleh membuat keputusan sendiri

Kajian yang telah dijalankan di Arab Saudi mendapati Syarikat Amerika yang mengeksport makanan dan alatan kecantikan ke negara Arab mengandungi ekstrak protein yang diambil dari kisaran daging kucing, tikus, anjing, babi, kuda dan uri manusia.

Proses peleburan daging dan tulang haiwan dibuat dan dicampurkan dengan daging lain selama 7 hari dengan suhu 280 farenheit. Hasil kimia yang diperolehi itu digunakan untuk menghasilkan pula bahan makanan lain selain itu makanan untuk ternakan ayam, itik dan lain-lain. Malah diproses semula untuk menghasilkan gelatin yang digunakan dalam pembuatan sabun, setengah ubat dan gula-gula.
Tak percaya tengok video ini,
                


Kajian lain pula mendapati 42% bahan gelatin yang digunakan dalam pembuatan makanan dan alatan kecantikan di seluruh dunia diambil dari tulang babi dan lembu yang tidak sembelih mengikut cara Islam.

-Didedahkan oleh Dr. Muhammad Habib Bukhari (Penasihat Pengawai Pertanian Arab Saudi kepada Akhbar Utama di Rantau Arab  Al-Syarqi Al-Awsat-





Banyak faedah Coca-cola!!




Ini berdasarkan kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke:
Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda dirumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminiumfoil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta:  Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

 

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian: Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Takpayah guna tin sembur cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoricasid. Ia mempunyai pH 2.8.Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. KilangPerwaja/besi mesti suka ni!

8. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citricasid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi, 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama saja! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.


 

10. Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, cuba cara ni, agaknya-agaknya gigi tu boleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama saja! Anda minum kaffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke agaknya? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Sekarang kita ada alternatif produk Muslim Hpa Radix cola.
Bertukarlah segera, dapatkan maklumat di sini  www.hpa.com.my

Jom minum RADIX COLA.
Berminat jadi ahli hubungi: 017-9340613/ fiqalbiantum@gawab.com

Wednesday, October 20, 2010

Antara Syiah dan Hitler dua wajah yang berbeza...


Secara ringkasnya orang ramai menganggap Syiah:
1- Sejarah asal mereka adalah pengikut Saidina Ali manakala golongan sunni sekarang ini adalah pengikut Saidina Muawiyah.
2- Dianggap mazhab terpenting dalam Islam selepas Hanafi, Syafei, Maliki dan Hanbali.
Tetapi mengikut realiti yang berlaku berdasarkan pegangan aqidah  dan cacatan sejarah mereka ialah:
A)Mengagungkan imam mereka sampai ke peringkat Ketuhanan.
B)Penghinaan terhadap rasul dan mengkafirkan para sahabat dan isteri baginda sollallahualaihiwasallam.
C)Bidaah dan khurafat sesat hari 10 Muharram Assyura.
D)Ulama Syiah dan kegilaan seks
E)Syiah menolak Al-Quran
F) Dan banyak lagi, sila rujuk pada ruangan Bahaya Khomeinisme

G)Syiah pernah menguasai dunia Islam
1-Kerajaan Ubaidiyyah yang berselindung di sebalik nama Kerajaan Fatimiyyah
2-Kerajaan Qaramitah
3-Kerajaan Buwaih

H) Membuat pakatan rahsia dengan musuh untuk menghancurkan golongan sunni.
I) Kekejaman ke atas umat Islam sunni di Baluchistan.
J) Serangan Amerika ke atas Iran sekadar gimik politik.
sumber: kasr-alsanam.com
             www.tenteradajjal.blogspot.com











Antara Hitler dengan Sheikh Amin Al-Husseini





 Sumber:                
www.tellchildrenthetruth.com/gallery/index.html