Monday, October 18, 2010

Israiliyyat dan Propaganda Menghancurkan Fikrah Islam


 Orang Yahudi menganggap orang Islam sebagai musuhnya yang utama. Oleh itu, konsep Israiliyyat banyak ditujukan kepada umat Islam. Mereka menyerang prinsip, segala ajaran dan kebenaran Islam dengan idea tersusun bertujuan mengaburi mata dan fikiran bagi melemahkan pegangan orang Islam dan meragukan pandangan tentang kehebatan Islam.

Orang Yahudi juga menumpukan Israiliyyat, propaganda, subahat dan tohmahan khususnya kepada pendakwah Islam kerana merekalah yang memandu umat Islam lain ke jalan yang betul dan sentiasa memberikan peringatan tentang musuh yang akan merosakkan umat Islam dan agama Islam itu sendiri.

Barisan penaja Israiliyyat bersubahat dan bertindak menyebarkan tohmahan demi tohmahan terhadap negara-negara Islam dengan tujuan menyesatkan pemikiran umat Islam. Gerombolan ini diwakili oleh penulis, penyair, wartawan, penceramah, penyampai radio, ahli politik, khatib, pelakon, penyanyi, ahli akademik dan sebagainya. Pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk memburukkan Islam dan menyerang pejuang yang ingin menegakkan kebenaran Islam. Antara teori Israiliyyat yang paling terkenal dan telah memutar belitkan konsep Islam sejati ialah:
1.Amalan agama adalah dalam hati bukannya. pada pakaian.
2.Islam tiada kaitan dalam urusan dunia. Agama untuk Allah, sedangkan negara untuk masyarakat.
3.Mustahil Islam boleh menyelesaikan segala- galanya. Agama digunakan untuk meraih simpati dan pengaruh semata-mata.
4.Islam dibahagikan kepada kulit dan isi. Pengamalan Islam cuma dalam aspek tertentu sahaja.
5.Islam hanya terdapat pada lembaran kertas tanpa perlu diterjemahkan sepenuhnya dalam kehidupan.

Ringkasan dari buku: Pengaruh Yahudi Dalam Kehidupan Umat Islam Masakini, halaman 160-161

No comments:

Post a Comment