Tuesday, October 26, 2010

Abstrak Tesisku

Kajian ini memaparkan kisah benar mengenai peperangan di alaf baru. Peperangan tidak lagi didefinisikan sebagaimana yang sering difahami lantaran kalimah tersebut boleh menakutkan sasaran target. Dan mereka sentiasa berusaha memperlengkapkan segala peralatan ketenteraan, fizikal dan mental menentang dan mempertahankan kedudukan mereka dari terus dicengkam oleh musuh.
Penjajahan masa kini bukan lagi dalam bentuk ketenteraan
Justeru itu untuk mengubah persepsi ketakutan menghadapi peperangan kepada keamanan menghadapinya maka strategi dan langkah telah diatur oleh golongan tertentu untuk menentang dan menakluk musuh dengan cara yang begitu disenangi oleh pihak musuh sehingga mereka begitu selesa dan harmoni iaitulah pihak musuh mengamalkan bentuk dan sistem pemikiran musuh mereka dalam budaya kehidupan mereka. Maka dari sinilah terciptanya istilah penjajahan. Manakala penjajahan sememangnya tidak dinamakan dengan katanama tersebut kerana masih terdapat kegerunan kesan akibatnya.
Era Penjajahan new invasion sudah bermula
 
Penjajahan adalah istilah yang diberikan oleh tokoh-tokoh dunia yang melihat dunia hari ini semakin rancak terhakis asal usul dan jati diri sesuatu bangsa dan agama itu ekoran serangan pemikiran bertubi-tubi pihak musuh ke atas kemajuan dan tamadun yang dikecapi oleh umat yang ingin ditawan itu. Oleh itu dalam kajian ini penulis berusaha mengorek asal usul istilah-istilah penjajahan dan peperangan berserta membandingkannya dengan target yang dicapai dalam budaya, tamadun, warisan dan istilah-istilah lain yang ada kaitan dengan kajian.
Al-Quran mesti dinyahkan dalam kehidupan muslim
Menyesatkan manusia menuju ke jalan yang lurus
Menghina Islam dengan apa cara sekalipun


Mereka yang merancang keganasan bukannya Islam
Seterusnya penulis telah berjaya mengamati banyak aspek dalam kehidupan masyarakat Islam telah sekian lama dicemari- tanpa disedari- oleh asas-asas dan unsur-unsur budaya asing terutama barat dan Yahudi. Fenomena ini dirasakan akibat kesan yang dilalui dalam lipatan sejarah yang mana misi dan visi pihak penjajah dan yang dijajah begitu berbeza.
Bukan dari ajaran Islam
Trick baru penjajahan melalui sumbangan kepada Zionis



Bentuk penjajahan baru, nak maju ikut aku
Dengan ini penulis telah membawa apakah rasionalnya kepada kekacauan yang berlaku dalam umat yang dijajah. Di samping menjejaki strategi dan rentak yang digunakan oleh penjajah dalam mengubah sistem hidup pihak yang dijajah. Seterusnya membuat pengamatan yang serius hasil yang dikutip dalam realiti hidup hari ini dalam masyarakat moden akibat gejala penjajahan yang begitu drastik menghempas umat Islam umumnya tidak ketinggalan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment