Sunday, May 22, 2011

Hot Breaking New ..Syria dalam Bahaya Sekarang.. Need Doa From All Human Being

Azadi, Azadi dalam Bahasa Kurdis bererti kebebasan
Kerajaan Syria mengganas lagi. Membunuh dan terus membunuh rakyatnya yang tidak berdosa. Peristiwa pembunuhan mengorbankan berpuluh-puluh rakyat Hama Syria 1984 berulang lagi. Kali ini lebih dahsyat lagi kerana bandar dan kampung yang menjadi tempat rakyat Syria berdemonstrasi menuntut hak dan kebebasan semenjak 40 tahun lebih dinodai terus diserang dan dikepung dengan kereta-kereta kebal, senjata-senjata canggih dan peluru-peluru hidup para sniper di atas bangunan tinggi. Ia bagaikan Yahudi laknatullah membedil Gaza tempohari. Kalau di Palestin dulu sehinggalah sekarang dunia semua tahu tindakan ganas terrosis Yahudi Israel menyembelih rakyat Palestin kerana ada juga laporan dari media yang membuat liputan di sana sekurang-kurang ada wartawan dari media rasmi boleh meninjau di lokasi kejadian sebenar.

Gambar mangsa tembakan sniper

Tetapi di Syria sekarang berlaku sebaliknya. Sesiapa yang  keluar untuk berdemontrasi akan ditembak tanpa mengira lelaki, perempuan, muda, tua dan kanak-kanak. Pihak pegawai tentera yang enggan melepaskan tembakan peluru hidup ke atas rakyat yang keluar demontrasi akan ditembak oleh pihak keamanan kerajaan Syria. Sehingga kini beratus-ratus pegawai tentera termasuk tentera biasa yang enggan tunduk kepada pihak atasan membedil rakyat sendiri turut terbunuh termasuk anak-anak mereka sendiri.

Sebenarnya dunia ditutup dengan peristiwa kejam dan ganas kerajaan mereka sendiri yang berfahaman Nusairi alawiyah pro Iran, Hizbullah dan Rusia. Di mana para wartawan asing jangan pandai-pandai  membuat laporan sebenar yang berlaku malah tidak dibenarkan sama sekali memasuki Syria terutama memasuki kawasan panas seperti wilayah Daraa, Baniyas (Lattakia), Talkalakh (Homs)yang hebat membantah kerajaan kukubesi Asad.
Perempuan Syria turut ditembak
Jadi rakyat merekalah  bertindak sebagai wartawan dan pelapor kejadian sebenar ke halaman you tube. Sambil berdemo sempat mereka mengambil gambar dan mengutip berita walaupun peluru hidup penembak sniper hantu kerajaan bila-bila masa boleh membaham tubuh mereka. Penyembelihan kerajaan Syria terhadap rakyatnya sendiri tidak mendapat laporan menyeluruh media aljazeera dan media arab lain. Lebih-lebih lagi media antarabangsa lain. Kecuali melalui website dan rangkaian televisyen revolusi rakyat Syria sendiri.

Sehingga ke saat ini hampir 2000 orang telah terbunuh dan hampir 11000 ditahan tidak cukup di penjara, sekolah dan staduim dijadikan lokasi penjara hidup. Pendek kata hari ini semua bandar besar, kampung dan di mana saja di Syria rakyat tidak takut untuk berdemontrasi menuntut kebebasan dan selamatkan. Untuk maklumat lanjut layari : www.free-syria.com
Revolusi Syria di Damascus berhampiran Hotel Cham Palace