Saturday, June 11, 2011

In Syria.....everybody is a winner





Amerika: Kami menang
Iran: Kami Menang
Zionis Israel: Kami Menang
Hezbollah/Hizbullah: Kami Menang
Semua menang
Beritahu saya, macam mana ni "Timur Tengah baru" berubah?
Barat: Kami menang
Syria: Kami berubah

Sumber: www.free-syria.com

Only in Syria…Hanya di Syria..

Facebook/syrian.revolution

Rakyat Syria berpusu-pusu ketika ini menggunakan internet sebagai medium meluahkan isihati kepada dunia akan kekejaman dan penindasan teruk yang mereka alami sekarang ini.
Hanya di Syria, melarang diadakan demonstrasi biarpun dasar undang-undang negara membenarkannya .

Hanya di Syria, para mahasiswa ditangkap oleh tentera udaranya.

Hanya di Syria, tempoh sebelas tahun dianggap waktu yang singkat untuk memulakan perubahan.

Hanya di Syria, rakyatnya mahukan perpaduan kaum, tapi kerajaan menanam bibit-bibit permusuhan sesama mereka.

Hanya di Syria, tayar digunakan untuk tujuan lain yang tidak digunakan di negara-negara lain.

Hanya di Syria, orang-orang munafik ada dewan sendiri dipilih rakyat.

Hanya di Syria, kerajaan membunuh rakyatnya sendiri mesti ditanggung kosnya oleh rakyat dek belanja membeli peluru kerana membedil rakyat menurut laporan media penipu rasmi kerajaan.
Hanya di Syria, pihak keselamatan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh presidennya agar memberhentikan tembakan selepas berlalu enam minggu.

Hanya di Syria, rakyat dihina dan maruah dinodai atas alasan mengekang dan mempertahankan pengaruh luar.
Hanya di Syria, ada lima universiti awam sedangkan terdapat 13 agensi atas nama keselamatan yang mana sukar bagi rakyat Syria untuk mengira nama mereka.
Hanya di Syria, mungkin projek terbesar kerajaan mereka ialah penjara pusat.

Hanya di Syria, anda boleh disumbat dalam penjara selama dua puluh tahun tanpa sebarang tuduhan kesalahan dan kemudian anda dituntut pula untuk menyatakan ucapan terima kasih kepada mereka selepas pembebasan anda.

Hanya di Syria, anda boleh dipenjarakan semata-mata percakapan anda dengan stesen televisyen.
Hanya di Syria, rakyat boleh keluar beramai-ramai menyatakan kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat hujan.

Hanya di Syria, tidak punya makcik di Syria lagi bagus kerana tidak  perlu diziarahinya.
Hanya di Syria, rakyat tidak merasai ketenangan dan keselamatan kecuali pihak keselamatan hilang dari pandangan.
Hanya di Syria, media rasmi kerajaan menjadikan drama bersiri sebagai sumber berita.
Hanya di Syria, rakyat bermati-matian demi menghidupkan presiden, kerana rakyat membelanjakan wang untuk memberi rezeki kepada kerajaan.

Hanya di Syria, rakyat terpaksa keluar negara tetapi dipaksa membayar harga kerananya.
Hanya di Syria, pihak tentera berkhidmat untuk individu bukan untuk rakyat.
Hanya di Syria, kereta-kereta kebal ditarik meninggalkan medan peperangan sebenar kerana digunakan untuk menghancurkan bandar dan lokasi tertentu demi mengekang pergerakan rakyat tanpa senjata.

Hanya di Syria, presiden dinasihatkan mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin dunia antarabangsa.

Hanya di Syria, tenaga elektrik dipotong di segenap bandarnya pada musim panas kerana dijual kepada negara lain.

Hanya di Syria, kanak-kanak mungkin memasuki penjara sebelum memasuki sekolah.

Hanya di Syria, jiran tetangga kita keluar kerja pagi-pagi hari dan kembali semula selepas 11 tahun.

Hanya di Syria, perbuatan membunuh diri tidak diketahui pelakunya.

Hanya di Syria, Allah dan Presiden membantu melindungi negara.

Hanya di Syria, rata-rata warga negaranya sanggup bergolok bergadai demi hidup sehingga impian menjadi manusia sejati menjadi pilihan kedua.
Hanya di Syria, tepukan hangat sidang parlimen diberikan pabila presiden membaca sepotong ayat Al-Quran.
Hanya di Syria, tunjuk perasaan diri sendiri boleh terbunuh.

Hanya di Syria, Salafi bukan terhad pada aliran pemikiran umat Islam malah melangkui pemikirannya juga pada penganut Kristian.

Hanya di Syria, undang-undang perlembagaan dikawal selia presiden.

Hanya di Syria, gambar berbohong, darah berbohong, rakyat berbohong, semua media berbohong  cuma kerajaannya saja yang tidak berbohong.
Hanya di Syria, rakyatnya tidak senang untuk membuka mulut kecuali apabila pergi berjumpa doktor gigi.
Hanya di Syria, semua media di bawah kawalan kecuali yang melibatkan program muzik sahaja.

Hanya di Syria, seseorang itu mati ketika sedang menuntut kebebasan dikira pengkhianat, pembelot dan perosak  atau lebih elok dipanggil penipu. Manakala siapa yang mati kerana kemalangan jalan raya adalah syahid dan layak dijulang gambar dan dibuatkan patungnya di segenap pelusuk negara .

Hanya di Syria, dihadkan bangunan parlimen pada satu tempat di panggung teater agar dapat memberi laluan lebih luas kepada bangunan agen perisik negara.
Hanya di Syria, menghina presiden kufur, menghina agama ikut teori.
Hanya di Syria, semua kata-kata ucapan presiden menjadi sejarah.

Hanya di Syria, agen perisikan kerajaan bertungkus lumus mengambil maklumat alamat Ibnu Taimiyah dalam proses penangkapannya, tetapi tidak seorang pun dari mereka mendengar yang beliau telah meninggal 700 tahun yang lalu.

Ini adalah beberapa komen yang saya berjaya himpunkan merujuk pada blog yang diambil dari luahan rakyat Syria atas kekejaman dan penderitaan  yang mereka alami. Moga-moga menjadi rujukan Pertubuhan Hak Asasi Manusia dan seterusnya untuk edaran semua pembaca Arab.

Oleh Fahmi Huwaide