Rata-rata penduduk, atau manusia terutama orang miskin akan terus terperap di rumah. Bagi mereka, kampung halaman, pekan, bandar, negeri malah negara mereka itulah satu-satunya yang best in the world.
Bagi orang kaya tidak kisah ke mana saja hendak pergi beli sahaja tiket terus boleh melancong ke negara orang. Yang biasa-biasa sekadar melancong dalam negeri dengan bas dan kereta cukuplah. Tetapi dengan orang kampung yang tinggal di hulu legeh apa hal dengan mereka. Kalau tak kerana haji pendek kata kampung halamannya saja yang dia tahu. Celik-celik dari zaman baby hingga ke tua itulah tempat yang dia tahu. Sekurang-kurangnya dapat merasa juga naik kapalterbang sekali seumur hidup.
“Nikmat juga haji ini dapat juga aku merasa naik kapal terbang”. Biar pun ada Airasia dengan slogan “Every one can fly” tetapi bagi orang miskin yang susah-susah untuk pergi melancong saja-saja pasti menghabiskan beras je. Jadi tepatlah kalau kita kata "With haji every muslim can travel and fly".
Tetapi oleh kerana Islam itu cakna kepada penganutnya maka diwajibkan bergerak ke Kaabah Baitul Allah kerana melakukan ibadat khusus pada hari-hari yang telah ditetapkan. Dengan satu nekad satu azam umat Islam ditanam jiwa merdeka bebas dari sempadan daerah jumud. Dapat menimba pelbagai ilmu sekaligus mendekatkan diri kepada Allah yang menjadi tanda perhambaan kita kepadaNya secara mutlak. Bukan hamba wang ringgit, hamba politik, hamba orang kaya, kemasyhuran dan pangkat.
Tengok orang Islam semiskin-miskin mereka pun dapat travel ke pusat dunia Makkah dan Madinah. Bukan sahaja pergi atas dasar menunaikan tuntutan agama tetapi sekaligus mengenali suasana, tempat, iklim dan pelbagai budaya dan adat resam serta pakaian umat manusia dari seluruh dunia. Jadi sahlah haji itu minded world class kerana di sanalah kongres sosial, budaya, bahasa, politik dan keilmuan berlangsung dengan jayanya.
Pendek kata dek kerana ibadat haji umat Islam tidak menjadi seperti katak bawah tempurung. Tetapi menjadi burung bebas terbang melihat bumi orang yang menyajikan baik dan buruknya kepada mereka untuk diambil iktibar. Walaupun orang susah tetapi berkat kesabaran mengumpul wang untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci haramain akhirnya dapat juga menjejak kaki ke sana. Maka ketika itu tercipta satu lembaran sejarah buat setiap orang Islam mengenali dari dekat umat Islam dari bangsa lain. Tiba di sana baru tahu rupa-rupanya orang Islam bukan untuk orang melayu sahaja tetapi untuk semua manusia. Kerana di sana semasa solat di masjid Haram atau sekitarnya atau juga di masjid nabawi atau juga semasa tawaf di kaabah atau saie atau sebagainya aktiviti di sana hari-hari terpandang wajah dan kelibat semua warna kulit. Ada yang putih, hitam, kuning dan merah.
وأذن في الناس بالحج يأتوك رجالا وعلى كل ضامر يأتين من كل فجّ عميق ليشهدوا منافع لهم ويذكروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام فكلوا منها وأطعموا البائس الفقير ثم ليقضوا تفثهم وليوفوا نذورهم وليطوفوا بالبيت العتيق
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah TuhanMu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan perbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban; dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah Kaabah yang unik sejarahnya itu
No comments:
Post a Comment