Yahudi, konco serta anak didiknya begitu beria mencemarkan bidang kemasyarakatan dengan cara menyebarkan propaganda jahat dengan tujuan merosakkan kehidupan masyarakat manusia. Pandangan ahli sosiologi terkenal, Imil Durkhayim dalam merosakkan kehidupan kemasyarakatan dipergunakan oleh Yahudi dan sekutunya sehinggakan pandangannya dianggap sebagai falsafah dalam ilmu sosiologi kemanusiaan.
Mereka giat mengembangkan pembohongan dan helah dalam kehidupan masyarakat Islam agar jauh daripada penghayatan roh Islam. Di samping itu, mereka berusaha menentang keras nilai dan budaya Islam yang tersemat kukuh dalam masyarakat Islam semenjak berkurun lamanya. Fokus mereka adalah untuk melahirkan nilai dan budaya baharu yang sama sekali bercanggah daripada ajaran Islam. Hal ini pula mendapat reaksi positif daripada umat Islam sendiri.
Berikut adalah antara produk yang diketengahkan.
1. Menghidupkan Semula Unsur-Unsur Jahiliah
Mereka mengembangkan nilai perhubungan berpuak-puak sebagai asas perkumpulan keluarga, keturunan dan masyarakat. Selain itu, ikatan kawasan, bangsa dan negara juga dikembangkan. Sedangkan dalam Islam, ikatan tersebut diketepikan kerana asas yang kukuh lagi penting ialah akidah Islam itu sendiri.
Malangnya, fenomena jahiliah muncul kembali dalam versi baharu. Israiliyyat meletakkan asas pertimbangan manusia berdasarkan harta, aset yang terkumpul dalam bank dan keuntungan perniagaan atau yang berasaskan kemegahan, kekuasaan dan pengaruh. Kekuatan materialistik, kesegaran tubuh badan, kecantikan paras rupa, warisan legasi keluarga, fahaman ideologi politik keturunan berlandaskan nasab persemendaan keluarga turut dijadikan asas pertimbangan mereka di samping hubungan dengan pihak pemerintah.
Benarlah kata pujangga terkenal berikut.
Kulihat manusia sebenarnya suka pergi ke tempat orang yang berperigi emas
Siapa yang tiada emas, manusia hilang daripadanya kerana tidak beremas
Manusia hilang daripadanya kerana tidak beremas
Kulihat manusia sebenarnya tunduk kepada orang tunduk kepada harta
Siapa yang tidak tunduk kepada harta
Manusia hilang daripadanya kerana tidak tunduk kepadanya.
Nota: Bait syair di atas sukar dipastikan penyairnya. Ada riwayat mengatakan syair ini dinisbahkan kepada Sayidina Ali r.a. dan ada juga yang mengatakan ia dinisbahkan kepada Sayidina Abu Bakar r.a. dan Sayidina Umar r.a.
2. Hidup Dalam Kepura-Puraan
Aktivis tipu muslihat Israiliyyat dalam bidang sosial menyeru setiap individu agar bersikap talam dua muka dengan manusia lain. Kepura-puraan bertujuan mempengaruhi orang lain dan mendekatkan mereka dengan kebatilan. Di hadapan, mereka dipuji dan disanjung sedangkan di belakang, mereka dibohongi dengan tipu muslihat.
Mereka menganggap bahawa masyarakat yang berjaya dalam hubungan dengan orang lain ialah individu yang bermuka-muka. Ada kalanya mereka bersama orang yang menentang Islam dan ada kalanya mereka bersama orang yang beriman. Sikap dwistandard ini ditolak sama sekali dalam Islam. Ayat al-Quran ada mencela orang yang munafik, maksudnya:
Mereka berkeadaan muzabzab (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; tidak berpihak kepada golongan ini dan tidak pula berpihak kepada golongan itu. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka kamu tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
Al-Quran Wanita 4:143
3. Hubungan Antara Dua Jantina
Antara cara yang paling berkesan untuk orang Yahudi merosakkan manusia adalah dengan memperalatkan wanita kerana mereka mengerti kecenderungan fitrah manusia ialah tarikan antara lelaki dengan perempuan dan sebaliknya. Orang Yahudi menyebarkan propaganda dan khurafat mereka dengan menyatakan bahawa perhubungan jenis antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan adalah murni.
Mereka menyebarkannya dengan pantas kepada manusia dengan menggunakan pelbagai media massa seperti Internet, akhbar, majalah, buku, pamflet, iklan, filem dan rancangan televisyen untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Israiliyyat jenis ini telah menyerang semua negara di dunia tidak kira di Timur ataupun di Barat. Didapati ramai daripada golongan terpelajar akur dan mempercayai dakyah Israiliyyat ini.
Fahaman Israiliyyat yang paling terkenal berkenaan dengan perhubungan lelaki dengan perempuan adalah:
1.Persamaan antara lelaki dengan perempuan.
2.Perempuan ialah pujaan lelaki.
3.Konflik lelaki dengan perempuan.
4.Perempuan ialah daya penarik.
5.Perempuan mesti menampilkan keunggulan diri dengan berhias dan bersolek.
6.Persahabatan ikhlas dan murni adalah penting antara lelaki dengan perempuan.
7.Hak kebebasan wanita (women’s liberation) mesti diperjuangkan.
8.Wanita bebas keluar rumah untuk bekerja.
Ringkasan dari buku: Pengaruh Yahudi Dalam Kehidupan Umat Islam Masakini, halaman 137-160
No comments:
Post a Comment