Saturday, February 12, 2011

Kenapa pembohongan ini berlaku?

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan kuncu-kuncunya sedaya mungkin mahu menghapuskan kesan tamadun kaum Aad kerana dalam kitab Al-Quran Al-Karim sahaja yang menyebut kisahnya mereka secara detail.

Justeru itu mereka cuba mengaitkan tamadun kaum Aad dengan tamadun Firaun.
Dengan erti kata lain masalah di sini ialah memerangi kebenaran Al-Quran. Bagi Yahudi  kebenaran Al-Quran mesti ditentang habis-habisan agar umat manusia tidak mudah percaya dengan ketulenan sumber asli ajaran Islam.

Malah mereka juga mempercayai yang Allah telah mencipta alam dan manusia semenjak 7000 tahun yang lalu sebagaimana yang termaktub dalam kitab Talmud mereka. Kerana kitab yang diubahsuai oleh mereka ini dikatakan  menjadi rujukan utama untuk syariah Yahudi.
Persoalan di sini kenapa muncul pula tamadun yang berumur 70 ribu tahun?
Oleh itu mereka mengaitkan seluruh binaan gergasi di merata dunia hari ini umpama tamadun Firaun, Greek, Rom dan banyak lagi tamadun lain sekitar umur 7000 tahun sahaja tidak lebih daripada itu. Di sini jelas mereka cuba menyembunyi maklumat yang menyebut umur Mesir selama 70 ribu tahun dengan umur sebenarnya sekadar 7000 tahun sahaja.

Adakah anda mengetahui mengapakah kita mengakui tamadun Mesir sekadar 7000 tahun sahaja!! Sedangkan tamadun Mesir tersebut sebenarnya berumur 70 ribu tahun. Sedarilah wahai Mesir dan seisinya dikau adalah bumi bertuah, bumi anbiya, bumi segala dunia dan kubu pertahanan Allah di mukabumiNya jangan engkau terpedaya dengan tipudaya tersebut.
Bagaimana boleh anda mengakui tempoh tersebut sedangkan kita mengakui bahawa kaum Aad adalah tamadun pertama selepas kaum Nuh adalah di Yaman??
Jangan risau semua itu terdapat bukti yang saya berjaya ketengah di sini. Jikalau saya tersilap sudah pasti tidak memberi apa-apa musibah kepada sesiapa tetapi jika saya betul dalam kajian saya ini maka dengan pasti memberi keuntungan dan manfaat buat warga Mesir dan umat Islam hasil perbincangan ini.

Bersambung...


No comments:

Post a Comment