Friday, April 15, 2011

Lagi teori-teori pembinaan piramid yang melucukan

 

Seorang pengkaji Yaman menyakini bahawa binaan Piramid adalah batu-batan yang diperbuat daripada simen! Kalau tidak macam mana boleh mereka mengangkat batu-batu Piramid yang seberat itu? Disarankan kepada beliau agar mendapat bantuan dengan keadaan sebenar yang ada di Piramid tersebut dengan turun padang ke sana sebelum mengatakan pandangan beliau itu..

Beliau tidak melihat ke batu-batu yang dipahat itu adalah batu-batu bukit?
Bagaimana pula dengan batu-batu granit yang meliputi piramid itu malah masih wujud sebahagiannya?Beratnya bertan-tan tetapi bagaimana diangkut batu-batu itu dari Aswan sejauh 650km! Adakah batu-batu ini juga dari simen?



Manakala pengkaji Peranchis Yahudi mendakwa batu-batu piramid itu diperbuat daripada tanah yang bercampur dengan jenis bahan rahsia(?)di dapur oven gergasi yang darjah kepanasannya mencapai 900 celsius (!). Tetapi yang peliknya bagaimana ditarik dan diangkut batu seberat itu?

No comments:

Post a Comment